Tempoh keimamahan Imam Ridha (as) bersamaan dengan berakhirnya zaman kekhalifahan Harun al-Rasyid dari Dinasti 'Abbasiyah dan bermulanya kekuasaan Khalifah Makmun. Ketika Imam Ridha (as) dipilih sebagai Imam, baginda (as) mendapat sokongan istimewa dari ummat Islam pada masa itu dan Khalifah Makmun, khalifah Bani Abbasiyah ketika itu amat menyedari keadaan tersebut. Untuk membohongi ummat Islam pada ketika itu, Khalifah Makmun telah memaksa Imam Ridha (as) meninggalkan kota Madinah dan menuju ke kota Marw di Khurasan, sekaligus memaksa baginda untuk menerima kedudukan sebagai 'Putera Mahkota'.
Imam Ridha (as) semasa hayatnya amat dicintai oleh ummat Islam dan sering mengadakan dialog dengan ramai para pemikir bukan muslim dan para ahli teologi. Dalam dialog tersebut, Imam Ridha (as) sentiasa berjaya membuktikan kebenaran Islam.
Makam suci Imam Ridha (as) terletak di kota Masyhad, timur laut Iran. Masyhad kini menjadi tempat ziarah jutaan para pencinta Ahlul Bait dari seluruh dunia. Salam ke atasmu wahai Imam suci! Kami sentiasa merindumu!

No comments:
Post a Comment