TEHERAN - Republik Islam Iran telah berjaya menjalankan ujian generasi baru peluru berpandu darat ke darat yang menggunakan bahan bakar pepejal, menjadikannya lebih tepat daripada peluru berpandu terdahulu.
Menteri Pertahanan Iran, Mostafa Mohammed Najjar berkata, "Peluru berpandu jarak jauh yang diberi nama 'Sijjil' (batu neraka) itu dibina oleh Jabatan Aeroangkasa Iran di bawah Kementerian Pertahanan. Ia boleh mengenai sasaran sejauh 2,000 kilometer. Berdasarkan jarak itu, peluru berpandu tersebut mampu tiba di Greece dan Bulgaria di tenggara Eropah termasuk mudah untuk sampai ke Israel. Peluru berpandu bahan bakar pepejal adalah lebih tepat berbanding peluru berpandu bahan bakar cecair yang dimiliki oleh Iran sekarang ini."
Siaran televisyen Iran menunjukkan peluru berpandu tersebut dilancarkan dari sebuah tapak pelancaran di kawasan padang pasir. Menurut Najjar, "Peluru berpandu baru tersebut berfungsi pada dua peringkat dan dilancarkan dengan dua motor penggerak dari bahan bakar yang padat. Salah satu keistimewaan peluru berpandu hasil buatan sepenuhnya para pakar dari Iran ini adalah kelajuannya yang maksimum bermula dari detik ia dilancarkan."
Katanya lagi, peluru berpandu 'Sijjil' adalah senjata untuk mempertahankan diri dan bukan diuji sebagai tindak balas terhadap ancaman ke atas Iran. Beliau tidak menyebut mana-mana negara tetapi Israel baru-baru ini mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Iran bagi menghalang Teheran daripada membina bom nuklear.
"Ujian peluru ini dijalankan dalam kerangka strategi pertahanan dan pencegahan dan secara khususnya dengan objektif mempertahankan diri," ujar Najjar.

No comments:
Post a Comment