
Haddad Adel turut menyifatkan kemenangan Obama sebagai kekalahan Amerika di seluruh dunia. Tambahnya, kemenangan slogan Obama 'Kami Memerlukan Perubahan' merupakan penolakan tegas rakyat Amerika terhadap kegagalan dasar politik Bush dan pengganti Bush terpaksa menjauhi dasar-dasar mengelirukan yang dilaksanakan oleh Bush sebelum ini. Haddad Adel yang juga memegang jawatan Ketua Suruhanjaya Dalam Hal Ehwal Budaya di Parlimen Iran juga menegaskan, sekiranya rakyat Amerika benar-benar bersikap bijaksana, maka dengan menghayati slogan Obama tersebut mereka pasti akan merasakan betapa perlunya perubahan dilakukan segera terhadap dasar luar negara mereka.
No comments:
Post a Comment