Sunday, November 9, 2008

HIZBULLAH : AMERIKA TIDAK MAMPU GAGALKAN PILIHAN RAYA PARLIMEN LEBANON

Ghalib Abu Zainab, salah seorang pegawai Hizbullah menyatakan bahawa konspirasi Amerika Syarikat untuk menggagalkan pilihan raya parlimen Lebanon yang akan datang tidak akan berjaya. Menurutnya, parti-parti pembangkang Lebanon yang didukung oleh majoriti rakyat bakal meraih suara terbesar dalam pilihan raya parlimen Lebanon yang akan datang dan segala usaha Amerika tidak mungkin akan menghalang kemenangan rakyat Lebanon.
Tambahnya, Hizbullah akan menggagalkan seluruh matlamat Amerika di Lebanon yang mengakibatkan kerugian besar bagi Washington. Beliau turut mengingatkan bahawa Hizbullah mampu membawa Lebanon untuk memasuki tahap paling genting iaitu dialog nasional, meskipun kerajaan Amerika berusaha keras untuk menghalangnya. Pilihan raya parlimen Lebanon bakal didakan pada tahun 2009.

No comments: