Presiden Republik Islam Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad menyatakan bahawa perjuangan Sudan dalam menghadapi tekanan negara-negara kuasa besar merupakan tamparan hebat terhadap sistem 'hegemoni'. Dalam pertemuannya dengan mantan Perdana Menteri Sudan, Sadeq al-Mahdi, yang juga merupakan Ketua Parti Ummah, beliau menyatakan, "Sekiranya negara-negara kuasa besar yang menerima tamparan hebat sejak beberapa tahun kebelakangan ini kalah dalam menghadapi penentangan rakyat Sudan, ini bermakna mereka juga dianggap tewas di seluruh penjuru dunia."
Sambil menekankan bahawa kekuatan Amerika yang hanya bersandar kepada keganasan, hegemoni dan penjajahan, Ahmadinejad menegaskan, "Jika negara-negara yang tertindas suatu hari nanti menyedari akan perkara tersebut, maka kezaliman akan pasti musnah. Yang jelas, ia akan menjadi kenyataan."

No comments:
Post a Comment