Khatib Solat Jumaat Tehran, Ayatullah Syeikh Muhammad Emami Kashani menegaskan, "Senjata pemusnah massa tidak terkandung dalam doktrin pertahanan Republik Islam Iran. Membangunkan tenaga nuklear merupakan hak yang sah bagi Iran dan sebarang ancaman mahupun tekanan tidak akan mampu mengubah tekad Tehran untuk memajukannya demi manfaat manusia sejagat. Aktiviti nuklear Iran sepenuhnya untuk tujuan yang aman dan damai. Program nuklear Iran berada sepenuhnya di bawah pengawasan Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Oleh kerana itu, segala dakwaan dan tuduhan tidak berasas negara-negara Barat dalam isu ini adalah sangat tidak relevan."
Beliau turut menjelaskan, "Amerika Syarikat sentiasa memerlukan musuh untuk mempertahankan keberadaannya. Kerajaan Amerika sengaja menjadikan program nuklear Iran sebagai alasan untuk mengadakan latihan perang anti-Republik Islam Iran."

Katanya lagi, "Hubungan baik yang dijalin oleh Republik Islam Iran terhadap negara-negara jiran dan serantau membuktikan bahawa Tehran sentiasa menginginkan kestabilan dan keamanan di rantau ini."
No comments:
Post a Comment