Presiden Iran turut menegaskan, "Amerika Syarikat dan Israel kini sedang menuju ke arah kehancuran. Kedua negara tersebut tidak lagi memiliki tempat di rantau ini."
Ahmadinejad juga menyatakan, "Krisis ekonomi yang melanda Amerika kini adalah berpunca dari tindakan sombong negara tersebut terhadap negara-negara lain selama ini. Agenda terpenting ketika ini adalah kita perlu mewujudkan perpaduan yang jitu bagi membendung tindakan angkuh Washington."
Sementara itu, dalam pertemuan tersebut Michel 'Aoun turut membicarakan perkembangan terkini di Lebanon. Beliau juga mengangap Iran sebagai pelindung utama terhadap rakyat Lebanon. Sewaktu menyentuh kemenangan gemilang Hizbullah dalam peperangan di musim panas tahun 2006 yang lepas dengan Israel, 'Aoun menganggap kemenangan tersebut sebagai sejarah penting buat rakyat Lebanon dan negara serantau. Dalam pertemuan tersebut, 'Aoun tidak lupa untuk menyebut bahawa lawatannya kali ini ke Tehran adalah untuk merakamkan ucapan terimakasih rakyat Lebanon terhadap sokongan kuat Iran terhadap negaranya.

1 comment:
sekedar menambah referensi tentang hubungan israel dengan amerika bisa di baca di sini.
Semoga bermanfaat.
Post a Comment