Wednesday, October 15, 2008

PASDARAN : IRAN AKAN LANCARKAN SERANGAN BALAS YANG HEBAT SEKIRANYA DISERANG OLEH MUSUH

Panglima Angkatan Tentera Laut Pengawal Revolusi Islam Iran (Pasdaran), Morteza Safari, memberi amaran, "Jika musuh bertindak secara agresif, Angkatan Tentera Laut Iran akan melancarkan serangan balas yang luar biasa."
Safari menegaskan tentang persediaan lengkap Angkatan Tentera Laut Iran dalam menghadapi ancaman musuh. Jelasnya, "Washington menganggap Revolusi Islam Iran sebagai ancaman terbesar terhadap kepentingan Amerika Syarikat di seluruh dunia. Dengan kelebihan dan kemampuan yang dimiliki oleh Angkatan Bersenjata Iran ini, musuh tidak akan mempunyai keberanian untuk menyerang Iran."
Katanya lagi, "Kemampuan pertahanan Republik Islam Iran tidak sekadar untuk kepentingan rakyat Iran semata-mata, tetapi juga demi keamanan dan kestabilan serantau. Kemampuan ini bukan hanya milik Republik Islam Iran, malah turut menjadi milik semua negara Islam."

No comments: