Jurucakap Kementerian Luar Republik Islam Iran, Hassan Qashqavi mengutuk keras langkah regim Zionis Israel yang merancang untuk membina 'Synagogue' (rumah ibadat Yahudi) berhampiran Masjid al-Aqsa. Beliau turut mengingatkan kesan buruk dari langkah tersebut. Projek tersebut dilancarkan baru-baru ini selepas operasi pemulihan selesai dijalankan yang dibiayai sepenuhnya oleh masyarakat Yahudi di Ukraine.
Tegasnya, "Ketika ini Israel sedang berusaha untuk mengubah sejarah, mazhab dan susunan masyarakat di Baitul Maqdis. Tehran menyeru masyarakat antarabangsa supaya menghalang langkah Tel Aviv itu."
Beliau juga menyeru ummat Islam di seluruh dunia supaya sentiasa berwaspada terhadap kelicikan regim Zionis. Katanya, "Israel ketika ini sedang berusaha membina 'Synagogue' lebih kurang 97 meter dari Masjid Qubbah as-Sakhrah (Dome of the Rock). Jika projek ini terlaksana, maka Masjid al-Aqsa dan Masjid Qubbah as-Sakhrah tidak akan kelihatan lagi. Peninggalan warisan penting Islam itu juga akan turut musnah."

No comments:
Post a Comment