Thursday, October 2, 2008

ANAK SYEIKH DR YUSUF QARADHAWI BERPEGANG DENGAN MAZHAB AHLUL BAIT?



Ayatullah Syeikh Ali Kurani, seorang ulama yang berasal dari Lebanon dan tinggal di kota suci Qom dalam wawancaranya dengan sebuah stesen televisyen satelit antarabangsa Ahlul Bait (as) menyatakan : "Abdul Rahman Qaradhawi, anak lelaki Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi (marji' Ahlus Sunnah) telah mengikuti mazhab Ahlul Bait dan kemarahan Qaradhawi kepada mazhab Ahlul Bait akhir-akhir ini berpunca dari masalah ini. Saya yakin akan perkara ini. Oleh kerana banyaknya reaksi yang timbul dari kalangan masyarakat Syiah mahupun Ahlus Sunnah serta banyaknya permintaan dari dalam dan luar negara supaya saya memberi penjelasan dalam isu ini bagi mengesahkan kebenaran berita tersebut, maka saya memilih laman web 'al-Ghadir' dan 'stesen TV al-Anwar' untuk menjawab semua persoalan yang berbangkit."
Kenyataan Ayatullah Syeikh Ali Kurani itu turut diperkuatkan oleh berita dari akhbar Lebanon 'al-Balad' yang menyebutkan bahawa punca utama kemarahan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi terhadap mazhab Ahlul Bait akhir-akhir ini adalah sejak salah seorang daripada ahli keluarganya mengikuti mazhab Ahlul Bait.
Akhbar 'al-Balad' tidak mengisyaratkan hubungan kekeluargaan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi dengan pemuda yang mengikuti mazhab Ahlul Bait itu. Namun setelah tersebarnya berita tersebut, Syeikh Mahir Hammud, Imam Solat Juma'at di masjid al-Quds dan salah seorang ulama terkenal Ahlus Sunnah di Lebanon turut mengesahkan bahawa anak lelaki Syeikh Qaradhawi telah mengikuti mazhab Ahlul Bait.
Menurut laman web 'Syiah Online', selepas tersebarnya berita tersebut di beberapa laman web dan akhbar-akhbar, laman web Abdur Rahman Qaradhawi mula tidak diaktifkan.
Abdur Rahman Qaradhawi yang datang dari keluarga besar dan terkenal al-Qaradhawi adalah seorang penyair terkenal dalam dunia Arab.

1 comment:

khalifah said...

quote "Abdul Rahman Qaradhawi, anak lelaki Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi (marji' Ahlus Sunnah)..."
ahlus sunnah wal jamaah punyai marji' ke skrg neh? bukankah marji' mereka sudah tidak wujud lg pada zaman skrg ini. bagaimana mgkin mereka menjadikan dr yusuf qaradhawi sebagai marji' sdgkan mereka menafikan kewujudan marji' semasa untuk menjawab pelbagai soalan fiqh dan sebagai rujukan siyasah..
~mgkn slps ini mereka harus mengakui perlunya ada marji' semasa~