Sunday, October 5, 2008

OLMERT CADANGKAN RUSIA DIHADIAHKAN SEBUAH BANGUNAN DI BAITUL MAQDIS

Akhbar Israel 'Yediot Aharonot' melaporkan bahawa mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert sedang berusaha keras untuk meredakan ketegangan diplomatik yang timbul di antara Tel Aviv dan Moskow akibat krisis di Georgia. Olmert telah mengemukan sebuah cadangan supaya Israel menghadiahkan sebuah bangunan di Baitul Maqdis kepada Rusia agar Moskow mengubah pendiriannya terhadap Tel Aviv. Terbongkarnya kerjasama ketenteraan di antara Zionis Israel dengan kerajaan Georgia telah menimbulkan kemarahan Moskow.
Ehud Olmert dijangkan melakukan lawatan mengejut ke Moskow dalam tempoh yang terdekat. Di antara agenda penting lawatan tersebut ialah kedua pihak akan membincangkan berkenaan penjualan senjata moden Rusia kepada Syria dan program nuklear Iran.

No comments: