Monday, October 13, 2008

KERAJAAN VENEZUELA ARAH TUTUP 115 RESTORAN MCDONALD'S



*Keterangan Gambar : Seorang lelaki sedang berjalan melintasi Restoran McDonald's di sebuah pusat membeli belah di San Cristobal, Venezuela (10 Oktober 2008).

Sebuah lagi langkah yang mengejutkan telah diambil oleh kerajaan Venezuela iaitu dengan menutup hampir keseluruhan Restoran McDonald's yang berpusat di Amerika Syarikat yang terdapat di seluruh pelusuk bandar di Venezuela.
Sebanyak 115 cawangan Restoran McDonald’s di Venezuela telah ditutup dalam tempoh 48 jam sejak 9-11 Oktober 2008 dengan alasan tidak teratur dalam pembayaran cukai. Pegawai Percukaian Venezuela, Jose David Cabello menyatakan, restoran Amerika tersebut tidak konsisten dalam pengiraan bayaran cukai mereka.
Presiden Venezuela, Hugo Chavez adalah seorang pengkritik yang tajam terhadap Amerika Syarikat dan baru-baru ini telah mengusir diplomat Amerika dari negaranya.
Sejak memenangi pilihanraya 10 tahun yang lepas, Chavez telah menaikkan cukai-cukai dan sering menutup buat sementara waktu pelbagai syarikat atas tuduhan gagal membuat pembayaran cukai secara teratur.
Kerajaan Venezuela baru-baru ini turut menutup buat sementara waktu beberapa buah pejabat minuman terkenal 'Pepsi' yang dijalankan oleh sebuah konsortium tempatan.
Chavez juga telah mengambil sikap tegas terhadap syarikat-syarikat minyak Amerika, memiliknegarakan syarikat-syarikat tempatan dan mewujudkan persaingan terbuka dengan syarikat gergasi 'Exxon Mobil'.
Beberapa bulan lepas, dua buah negara Amerika Latin, Venezuela dan Bolivia, telah mengusir Duta Besar Amerika di negara masing-masing. Chavez pada waktu itu mengumumkan pengusiran Duta Besar Amerika, Patrick Duddy dari Venezuela dan mengancam akan memanggil pulang Duta Besarnya di Washington. Pihak Washington bertindak balas terhadap 'serangan' tersebut dengan melakukan tindakan yang sama di samping membekukan aset-aset bantuan kepada Presiden Venezuela itu.

No comments: