Tentangan regim Zionis Israel terhadap usaha untuk membuka ruang sempadan bagi memudahkan urusan penyeberangan di antara Semenanjung Gaza dan Mesir kian menambah penderitaan bagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza khususnya kanak-kanak.
Berdasarkan perjanjian gencatan senjata di antara Hamas dan Israel yang diwakili oleh kerajaan Mesir pada 19 Jun 2008 yang lalu, regim Zionis Israel diwajibkan untuk membuka seluruh ruang sempadan menuju ke Semenanjung Gaza. Namun sehingga kini, Tel Aviv tidak menepati janjinya dan wilayah Semenanjung Gaza tetap terus disekat dan dikepung.
Para pegawai Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza dalam sebuah kenyataannya memberi amaran tentang semakin berkurangnya bekalan ubat-ubatan dan bilangan para doktor di wilayah tersebut.
Bahkan sejak beberapa bulan yang terakhir, regim Zionis Israel kian memperketatkan tindakan pengepungannya terhadap Semenanjung Gaza.
Sehingga kini, 250 orang pesakit di Semenanjung Gaza telah meninggal dunia akibat kekurangan ubat-ubatan dan tidak mendapatkan rawatan perubatan yang memadai.
Ketua Pengarah Dalam Urusan Perubatan di Kementerian Kesihatan Palestin, Munir al-Barsh menyatakan, sekiranya situasi ini terus berlanjutan, maka dunia akan menyaksikan tragedi kemanusiaan yang amat dahsyat di Semenanjung Gaza dalam waktu yang terdekat.

No comments:
Post a Comment