Monday, October 13, 2008

JENERAL MICHEL AOUN KUNJUNGI IRAN

Pemimpin Gerakan Pembebasan Kebangsaan Lebanon yang juga sekutu kuat Hizbullah, Jeneral Michel Aoun tiba di Tehran untuk mengadakan lawatan rasmi.
Beliau dijadualkan bertemu dengan Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad dan beberapa orang pegawai penting di Iran. Beliau menyifatkan lawatannya kali ini amat penting bagi meningkatkan hubungan dengan Iran.
Sebelum berkunjung ke Iran, dalam sebuah wawancaranya dengan media massa di Lebanon, beliau menegaskan bahawa Iran merupakan sebuah kekuatan yang besar di rantau Timur Tengah. Iran juga menurutnya mampu memainkan peranan yang aktif meskipun tanpa sokongan negara luar.
Tambahnya lagi, rakyat Iran mempunyai hubungan yang amat baik dengan rakyat Lebanon dan Tehran juga sentiasa mendukung Beirut dalam menghadapi pelbagai tekanan dan ancaman dari regim Zionis Israel.

No comments: