Wednesday, October 8, 2008

MACAM-MACAM : TUKAR NAMA KERANA AMERIKA KIAN LEMAH

ABHA : Dalam petanda Amerika Syarikat semakin hilang pengaruh di pentas dunia, seorang wanita Arab Saudi berusia 40 tahun memutuskan untuk menukar namanya daripada 'America' kepada nama lain. 'America' memberitahu akhbar Arab News bahawa beliau telah mengunjungi Jabatan Hak Sivil minggu ini untuk tujuan itu tetapi tidak mendedahkan nama pilihannya atau menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.
Sementara dalam perkembangan berkaitan, saudara perempuan 'America', 'Asia' pula memutuskan untuk terus menggunakan nama unik itu berikutan langkah Arab Saudi yang berusaha merapatkan hubungan dengan Timur.

No comments: