Krisis hubungan di antara Amerika Syarikat dan Rusia memiliki hikmah tersendiri bagi Republik Islam Iran. Sekatan ke atas Iran menjadi sesuatu yang hampir mustahil untuk dilaksanakan. Amerika kini hanya sekadar mampu mengungkapkan kata-kata 'gertakan' yang tidak mempunyai sebarang kesan.
Majlis Keselamatan PBB dengan sebulat suara telah mengesahkan sebuah lagi resolusi pada 27 September 2008 untuk memaksa Iran menghentikan segera segala aktiviti nuklearnya.
Namun resolusi tersebut tidak mengandungi sebarang sekatan terbaru seperti yang diinginkan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya. Resolusi itu disepakati oleh 5 negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Britain, China, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat serta ditambah dengan Jerman dalam sesi berasingan Persidangan Agung PBB pada 26 September 2008 baru-baru ini.
"PBB menyeru Republik Islam Iran untuk memenuhi tuntutan resolusi Majlis Keamanan PBB sebelumnya secara menyeluruh dan tanpa berlengah. Resolusi tersebut mendesak pemberhentian program nuklear dan memenuhi komitmennya," ungkap resolusi 18 perenggan itu.
Resolusi itu turut mendesak Iran memenuhi syarat-syarat yang dikemukakan oleh Badan Tenaga Atom Antarabangsa PBB (IAEA) di Vienna.
Wednesday, October 8, 2008
RESOLUSI MAJLIS KESELAMATAN PBB KE ATAS IRAN TERUS GAGAL
Labels:
Isu Nuklear Iran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment