Wednesday, October 15, 2008

TEHRAN : RUNDINGAN DENGAN TALIBAN ADALAH BUKTI KEKALAHAN BARAT

Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan dan Badan Dasar Luar di Parlimen Republik Islam Iran, Alaedin Boroujerdi menyatakan bahawa rundingan dengan kelompok Taliban adalah bukti jelas kekalahan Amerika Syarikat, Britain dan Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (NATO). Dalam pertemuannya dengan mantan Presiden Afghanistan, Burhanuddin Rabbani, beliau merasa kecewa dengan sikap negara-negara bersekutu, khususnya Amerika dan Britain yang tidak serius dalam memerangi masalah dadah. Beliau turut menyatakan rasa dukacitanya terhadap peningkatan pengeluaran dadah di Afghanistan. Berdasarkan fakta yang ada, penghasilan dadah dalam tempoh satu tahun yang lalu telah meningkat kepada 8000 tan dari 2000 tan pada tahun lepas.
Burhanuddin Rabbani turut menyentuh tentang hubungan bersejarah di antara Iran dan Afghanistan dan mengungkapkan penghargaan terhadap bantuan serta sokongan kerajaan Iran terhadap rakyat Afganistan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Mantan Presiden Afghanistan itu juga turut menjelaskan tentang peningkatan mendadak pengeluaran dadah khususnya selepas kehadiran pasukan tentera asing di negaranya dan menegaskan bahawa rakyat Afghanistan menuntut pengunduran segera penglibatan negara asing di negara mereka.

No comments: