Pemimpin Tertinggi Hizbullah, Hujjatul Islam Sayyid Hasan Nasrullah mengisytiharkan bahawa telah tiba masanya untuk membalas kembali terhadap serangan kejam regim Zionis Israel yang telah mensyahidkan Komander Hizbullah, 'Imad Mughniyah.
Dalam pertemuan terbarunya dengan para pejuang Hizbullah, beliau menegaskan, "Hizbullah akan memberi pembalasan sewajarnya terhadap Zionis Israel akibat pembunuhan kejam 'Imad Mughniyah. Telah tiba masanya untuk membalas semula kesyahidan 'Imad Mughniyah. Operasi pembalasan Hizbullah bakal membuatkan Israel tercengang. Tidak ada seorang pun yang mengetahui tentang waktu, tempat dan kaedah operasi pembalasan tersebut."
'Imad Mughniyah yang dikenali dengan panggilan 'Haji Ridhwan' disebut-sebut sebagai 'pakar dan perancang utama' strategi ketenteraan Hizbullah. Beliau termasuk anggota Hizbullah yang paling banyak mengikuti operasi menentang regim Zionis Israel. Pada 11 April 2008, 'Imad Mughniyah menemui kesyahidan di Damsyik, Syria akibat serangan bom yang dilakukan oleh ejen-ejen Mossad.

Sayyid Hasan Nasrullah juga menganggap ancaman Zionis Israel terhadap Lebanon tidak memiliki sebarang asas dan dasar. Jelasnya, sekiranya pihak musuh benar-benar ingin menyerang Lebanon, nescaya balasan yang bakal kami berikan pasti akan membuatkan mereka tercengang.
No comments:
Post a Comment