Putera Arab Saudi, al-Waleed bin Talal mengisytiharkan bahawa pihaknya akan membina bangunan tertinggi di dunia. Bangunan tersebut akan didirikan di Jeddah, Arab Saudi.
Menerusi syarikat miliknya, 'Kingdom Holding Company', beliau akan mendirikan bangunan setinggi lebih dari 1 km. Projek tersebut dijangka akan menelan belanja sebanyak USD26.7 bilion.
Projek yang dinamakan 'Kingdom City' ini bakal dilaksanakan di kawasan seluas 23 juta meter persegi. Bangunan tersebut akan dilengkapi dengan kawasan perumahan mewah, hotel dan pejabat.
Selain Arab Saudi, Dubai yang merupakan salah sebuah bandaraya terbesar di United Arab Emirate (UAE) turut merancang untuk membangunkan bangunan dengan ketinggian lebih dari 1 km.

No comments:
Post a Comment