
Syeikh Khalid al-Khalifah sebelum itu mencadangkan pembentukan organisasi serantau yang dianggotai oleh negara-negara Arab, Iran, Turki dan Zionis Israel.
Menteri Luar Republik Islam Iran, Manuchechr Mottaki dengan tegas menolak gagasan rakan sejawatnya itu seraya menganggapnya sebagai sebuah gagasan yang tidak layak untuk dilaksanakan.
Penolakan Iran itu disampaikan secara langsung di hadapan Syeikh Khalid al-Khalifah dalam sidang akhbar sebaik sahaja selesai pertemuan Khalid dengan Mottaki di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
"Dengan tetap menghormati Syeikh Khalid, gagasan beliau tentang pembentukan sebuah organisasi serantau dengan Israel sebagai salah sebuah negara anggota bukanlah merupakan suatu perkara yang boleh diterima," tegas Mottaki.
Tambahnya lagi, penolakannya semata-mata berdasarkan sikap Iran yang jelas menganggap kewujudan dan kehadiran Israel sebagai sesuatu yang tidak sah.
No comments:
Post a Comment