Dalam dirinya tergabung antara Kristian sebagai agama anutannya, Nasionalisme sebagai sifat jati dirinya dan anti-kezaliman sebagai prinsip utama perjuangannya. Namanya lebih terkenal kini ketika menjadi mantan Presiden Lebanon kerana pendirian politiknya yang dianggap sering 'melawan arus'.
Salah satu buktinya ialah sokongan kuatnya terhadap keberadaan Hizbullah sebagai organisasi politik yang bersenjata demi memastikan keamanan di Lebanon dari ancaman Israel.
Kedua, beliau rela berbeza pandangan dengan para ahli politik Kristian yang pada umumnya lebih mengutamakan 'status quo'.
Inilah Michel 'Aoun, 70 tahun, seorang Jeneral yang sering mendampingi Pemimpin Tertinggi Hizbullah, Hujjatul Islam, Sayyid Hasan Nasrullah.
Setelah 15 tahun mengasingkan diri di Perancis, beliau kembali ke bumi Lebanon dan memulakan kembali gerakan politiknya. Dulu beliau seorang yang anti-Syria, namun sekarang berubah menjadi seorang yang pro-Syria. Pemimpin 'Gerakan Patriotik Bebas' itu telah menandatangani sebuah memorandum persefahaman (MoU) dengan Hizbullah.
Parti Gerakan Patriotik Bebas (GPB) mewakilikan 70% dari masyarakat Kristian di Lebanon. Beliau merupakan pemimpin yang sangat berpengaruh di Lebanon. Partinya memiliki 21 dari 58 buah kerusi yang ada di Dewan Parlimen.

Di Lebanon, terdapat kumpulan anti-Syria yang terdiri dari kelompok Sunni, Kristian dan Druze sementara kumpulan pro-Syria pula terdiri dari kelompok Hizbullah (Syi'ah) dan Kristian (penyokong Michel 'Aoun).
Michel Na'im 'Aoun lahir di Beirut, Lebanon pada 17 Februari 1935. Beliau lahir dari sebuah keluarga miskin yang berpegang teguh dengan agama Kristian Maronit.
Beliau ialah pemimpin kumpulan Kristian Maronit yang bersekutu dengan Hizbullah. Beliau sangat akrab dengan kehidupan masyarakat Islam. Ini jelas terpancar dari kenyataannya bahawa, "Kami tidak pernah ada masalah, baik antara Ali dan Pierre atau Hasan dan George. Kami hidup berdampingan dan tinggal diperkampungan yang sama."

Sewaktu zaman mudanya, beliau pernah belajar di Kolej Des Ferres dan tamat pengajiannya pada tahun 1956. Kemudian beliau menyambung pendidikannya di Akademi Tentera.
3 tahun kemudian, beliau menyertai tentera Lebanon. Beliau juga pernah mendapat latihan di Charlon-Sur-Manne, Perancis dari tahun 1958-1959, di Fort Sill, Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1966 dan di Ecole Superieriu de Cguerre, Perancis dari tahun 1978-1980.

Pada ketika Israel menyerang Lebanon pada tahun 1982, beliau juga turut mempertahankan Istana Presidennya di Baabda. Dalam peperangan di Lebanon dari tahun 1975-1990, beliau tergolong dari kelompok anti-Syria. Beliau menyokong usaha untuk mengeluarkan pengaruh Syria dari Lebanon. Namun kini, beliau mendukung kelompok pro-Syria setelah kepulangannya ke Lebanon dan turut menyertai pilihanraya umun di Lebanon.
Peranan Michel Aoun amat besar dalam percaturan politik Lebanon. Parti pimpinannya memenangi pilihanraya umum Lebanon dengan memperolehi sebanyak 21 buah kerusi di Dewan Parlimen.

Kebimbangan tercetusnya semula perang saudara membuatkan situasi di Lebanon kembali tegang. Selepas Perdana Menteri Lebanon bersetuju dengan draf PBB bagi mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa ke atas peristiwa pembunuhan mantan Perdana Menteri, Rafik Hariri yang akhirnya membawa kepada pengunduran enam orang menteri kabinet dari kelompok pro-Syria, dua orang daripadanya adalah dari Hizbullah.
Pembunuhan terhadap Menteri Perindustrian, Pierre Gemayel yang ditembak setelah orang yang tidak dikenali menghalang kenderaannya menyebabkan berlakunya demonstrasi besar-besaran di depan Hospital Santo Joseph. Penyokong anti-Syria telah membakar gambar Michel 'Aoun dan Sayyid Hasan Nasrullah sedangkan keduanya sama sekali tidak menyetujui pembunuhan ke atas Gemayel dan menganggapnya sebagai amat keji.
Parti Gerakan Patriotik Bebas yang dipimpinnya menganut fahaman sekularisme yang mendukung usaha kestabilan dalam hubungan luar negeri dan pembangunan ekonomi Lebanon yang bersifat anti-rasuah. Beliau disokong oleh kelompok Kristian Lebanon dan juga mendapat simpati dan sokongan dari masyarakat Islam. Michel 'Aoun merupakan pemimpin Kristian yang patut dibanggakan.
Meskipun usianya telah menjangkau 70 tahun, namun beliau tetap mampu terus menyumbangkan tenaga dan buah fikirannya di arena politik di Lebanon. Beliau benar-benar mendukung usaha ke arah menghapuskan rasuah dan toleransi antara agama.

No comments:
Post a Comment